Sunday 2 March 2014

Pelancaran Program Nilam 2014

Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Bangsa Johor, Lagu Patriotik dan Bacaan Doa.


Terdapat 3 acara yang disampaikan pada hari tersebut iaitu Penyampaian Hadiah untuk Kempen Kitar Semula,Pelancaran Program Nilam dan Pelancaran Program Penyayang.


Majlis dimulakan dengan Pelancaran Program Nilam dan diikuti dengan Pelancaran Program Penyayang.Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah untuk Kempen KItar Semula dan Anugerah Nilam.Peringkat Gangsa telah diberikan kepada murid-murid yang berikut

ThingYukie (130 Bacaan Nilam)
Yonisha Nirell (114 Bacaan Nilam)
Seng cai wen (87 Bacaan Nilam)
Majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek dan seterusnya nyanyian Lagu Sekolah.

Majlis Perlantikan Pemimpin Pengawas/Pengawas Pusat Sumber SMK Seri Perling

Pada 26 Januari 2014,perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Bangsa Johor,Lagu Patriotik dan Bacaan Doa.


Majlis dimulakan dengan kemasukan pengawas-pengawas ke dalam dewan yang bermula dengan  Pengawas Pusat Sumber di ikuti dengan Pengawas Sekolah dan diakhiri dengan Pengawas Dewan.


Majlis dimulakan dengan pengumuman barisan exco pengawas sekolah dan penyerahan watikah pelantikan kepada pengawas yang terlibat.Di ikuti dengan pengerusi Pengawas Pusat Sumber Sekolah iaitu Muhd Radzuan dan seterusnya Pengawas dewan dan diakhiri dengan pengumuman rasmi Ketua Pengawas Sekolah iaitu Mohd Muaz Bin Abd Aziz.


(Muhd Radzuan)

Seterusnya ialah bacaan ikrar yang dipimpin oleh Mohd Muaz.


Majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek dan seterusnya nyanyian lagu sekolah.