PERATURAN
PEMINJAMAN & PEMULANGAN BUKU
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK SERI PERLING
1. Peminjaman buku di Pusat Sumber
sekolah SMK Seri Perling dilakukan dengan kaedah pengautomasian dan kaedah
manual ( backup) dan pelajar hanya dibenarkan meminjam buku dengan menggunakan
kad pintar masing-masing.
2. Sekiranya pelajar membenarkan kad
pintarnya digunakan oleh pelajar lain untuk membuat pinjaman dan sekiranya
berlaku MASALAH, maka ianya adalah di bawah tanggungjawab pemilik kad
pintar itu sendiri.
3. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan meminjam SATU (1) buah BUKU RUJUKAN dan DUA(2)
buah BUKU CERITA.
4. Tempoh
pinjaman buku bagi pelajar adalah selama SEMINGGU
dan bagi guru selama DUA MINGGU.
5. Setiap peminjam buku hendaklah
memastikan tarikh pemulangan buku dicatat pada setiap slip tarikh pulang di
buku yang dipinjam.
6. Pelajar-pelajar yang gagal untuk memulangkan buku yang dipinjam pada tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan DENDA mengikut tempoh kelewatannya. Bayaran denda bagi setiap buku adalah RM0.50 sehari dan maksimum dendaan hanyalah RM10.00 sahaja.
7. Sekiranya buku PUSAT SUMBER tidak dipulangkan dalam masa SEMINGGU dari tarikh yang telah ditetapkan, maka SURAT PERINGATAN akan dikeluarkan kepada pelajar. Sekiranya pelajar masih belum memulangkan buku sehingga tarikh tempoh surat peringatan tamat, maka tindakan disiplin akan di ambil.
8. Nama-nama peminjam yang lewat
memulangkan buku akan di pamerkan di papan notis PUSAT SUMBER pada akhir setiap
bulan.
9. Pelajar-pelajar yang kehilangan
buku PUSAT SUMBER hendaklah memberitahu Guru Penyelaras Pusat Sumber secepat
mungkin. Tindakan yang akan diambil kepada pelajar berkenaan ialah dikehendaki
untuk mengganti buku tersebut sama ada dalam bentuk buku yang asal ataupun
dalam bentuk wang tunai yang sama dengan nilai harga buku tersebut.
10. Waktu penggunaan Pusat Sumber : Ahad - Rabu (8.00a.m. - 5.00p.m.)
Khamis (8.00a.m. - 4.30p.m.)
No comments:
Post a Comment